KULAI: Seorang pegawai kastam maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 18.2 Lebuh Raya Utara Selatan arah Utara di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Kulai Supt Tan Seng Lee berkata Mohd Saiful Adli Ibrahim, 35, yang cedera parah pada bahagian badan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian melibatkan dua kereta iaitu Toyota Vios dan Honda Civic serta sebuah motosikal Yamaha yang ditunggang oleh Mohd Saiful Adli itu, kira-kira 11.40 pagi.
"Siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta Honda Civic dari arah Johor Bahru menghala ke Utara telah berhenti disebabkan keadaan jalan sesak, dan pemandu kereta Toyota Vios dari arah sama juga memperlahankan kenderaannya serta bersedia untuk berhenti.
"Bagaimanapun, Mohd Saiful Adli yang datang dari arah sama tidak sempat mengelak lalu melanggar bahagian kiri kereta Toyota Vios berkenaan sebelum dia tercampak ke kiri jalan raya, manakala motosikal pula tercampak di atas bumbung kereta Honda Civic," katanya dalam kenyataan hari ini.
Tan berkata jenazah mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim, di sini untuk bedah siasat.
Beliau berkata kemalangan itu disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987 manakala saksi kejadian diminta hadir ke Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai atau menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Inspektor Mohd Fatin Mohd Radzi menerusi talian 018-3649 199 bagi membantu siasatan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 28 2024
Seorang pegawai kastam maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 18.2 Lebuh Raya Utara Selatan arah Utara, semalam.
Bumiputera berjaya bukan lagi terbatas kepada menjadi CEO - Yayasan Peneraju
Takrifan berjaya perlu ditakrifkan semula dengan memecahkan stigma bahawa kejayaan itu terbatas kepada menjadi Ketua Pegawai Eksekutif semata-mata.
AWANI Pagi: Hari Guru - Aspirasi guru celik digital
Diskusi dengan dua pendidik dari Perlis dan Johor, mengenai tema sambutan Hari Guru tahun ini, Hari Guru: Aspirasi Guru Celik Digital dalam Awani 8.30 pagi.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Piala Asia: Thailand sekat impian Malaysia ke final
Tuan rumah berada di depan seawal minit ketujuh menerusi jaringan pukulan sudut penalti Todkaew Jiratchaya.
AWANI Ringkas: Saranan kadar gaji minimum RM2,102
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Jika mereka tidak perlukan saya lagi, saya akan pergi - Bruno Fernandes
Kapten Manchester United harap pasukannya wajar 'menamatkan musim dengan cara terbaik.'
Peranan besar guru dalam dunia pendidikan yang semakin mencabar
Dalam zaman yang semakin moden menyaksikan guru juga perlu berhadapan dengan pelbagai suasana serta ragaman anak murid.
Jemaah haji digalakkan kerap minum air, elak terdedah cuaca panas
Syed Saleh meminta jemaah dan petugas Tabung Haji supaya tidak terlalu mendedahkan diri kepada keadaan cuaca panas itu.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [16 Mei 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Harits Asyraf Hasnan & Nursyazwani Saiful Sham
- Selangor rekod kes jenayah seksual tertinggi dalam tempoh tiga tahun
- Polis buka kertas siasatan aktiviti memasak di stesen minyak di Genting Highlands
- 4,133 kompaun merokok bernilai RM1.02 juta dikeluarkan pada April - KKM
#AWANInews #AWANIPagi
- Selangor rekod kes jenayah seksual tertinggi dalam tempoh tiga tahun
- Polis buka kertas siasatan aktiviti memasak di stesen minyak di Genting Highlands
- 4,133 kompaun merokok bernilai RM1.02 juta dikeluarkan pada April - KKM
#AWANInews #AWANIPagi
Penyokong Arsenal tersilap 'serang' hotel penginapan City
Penyokong Arsenal cuba lancar serangan psikologi ke atas pemain City yang berkunjung ke utara London untuk aksi menentang Tottenham Hotspur.
EPL: Hojlund pastikan Manchester United kembali ke landasan kemenangan
Rasmus Hojlund masuk untuk melengkapkan mata dengan jaringan kemenangan pada minit ke-84.
Pegawai kastam maut dalam kemalangan babit tiga kenderaan
Seorang pegawai kastam maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 18.2 Lebuh Raya Utara Selatan arah Utara, semalam.
Rasuah: Empat pegawai kastam dihukum penjara dua tahun
Empat pegawai kastam dihukum penjara dua tahun selepas didapati bersalah menerima rasuah sebanyak RM22,000 daripada seorang peniaga kedai runcit dua tahun lalu.
Hotel lebih lima bilik wajib daftar kastam sebelum 31 Ogos
Setakat ini 4,000 hotel dan premis penginapan telah berdaftar dengan jabatan itu dan masih terdapat kira-kira 10,000 belum berbuat demikian, dipercayai sengaja melengah-lengahkan pendaftaran.
Enam pegawai kastam ditahan disyaki bantu kongsi gelap seludup dadah
Perkara itu disahkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh ketika dihubungi Bernama.
Kematian pegawai kastam, Mat Yeh dicari
Mat Yeh atau nama sebenarnya Mohd Nawawi Husin, 34, beralamat di Kampung Bukit Lata, Pasir Mas.
Pegawai Kastam mengaku tidak bersalah terima rasuah
Pembantu Pegawai Kastam Kanan Jabatan Kastam Diraja Malaysia hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas tujuh pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM10,100.